Poket

Bantuan

Apa yang boleh kami bantu?

Cari jawapan untuk soalan biasa, atau terus hantar mesej kepada Team Poket.
Kod email belum sampai. Apa saya buat?

Semak email akaun yang digunakan untuk masuk ke Poket.

  1. Cari email bertajuk “Kod masuk Poket”.
  2. Semak folder Spam, Junk atau Promotions jika ia belum muncul dalam Inbox.
  3. Minta kod baharu, kemudian masukkan kod 6 digit paling baru pada skrin Masuk Poket.

Nota: Kod email bukan PIN profil. Jangan kongsi kedua-duanya dengan sesiapa, termasuk Team Poket.

Saya lupa PIN profil. Macam mana?

Kod masuk melalui email tidak menukar PIN profil anda.

  1. Jika profil anda masih terbuka pada telefon lain, buka Menu → Keluarga → profil anda → PIN.
  2. Masukkan PIN baharu 6 digit dua kali, kemudian tekan “Tukar PIN”.
  3. Jika tiada profil parent yang masih boleh dibuka, hantar mesej kepada Team Poket menggunakan email akaun anda.

Nota: Jangan masukkan PIN atau kod email dalam mesej bantuan.

Apa beza tanggungjawab biasa dan kerja berbayar?

Poket asingkan tanggungjawab harian daripada kerja yang memang dipersetujui untuk dibayar.

  • Tanggungjawab biasa: Jaga diri, kerja sekolah, kemas barang sendiri dan bantu keluarga—tanpa bayaran.
  • Jawatan: Satu jawatan berjadual pada satu masa, dengan gaji mingguan dan tempoh 4 minggu.
  • Kerja Sambilan: Tugas tambahan pilihan dengan bayaran sekali sahaja.
Poket simpan duit sebenar ke?

Tak. Poket bukan bank atau e-wallet.

  • Wang sebenar kekal dipegang oleh keluarga.
  • Poket hanya merekod jumlah yang anak dah dapat, belanja dan simpan dalam Tabung.
Boleh guna satu telefon untuk sekeluarga?

Boleh. Setiap orang buka profil sendiri dengan PIN 6 digit masing-masing.

  1. Tekan profil anda di penjuru atas.
  2. Pada skrin “Siapa tengah guna Poket?”, pilih nama anak dan masukkan PIN anak.
  3. Bila selesai, anak tekan namanya → Beri telefon kepada anda. Pilih profil sendiri dan masukkan PIN.
Boleh guna Poket pada telefon atau tablet anak?

Boleh. Anak tak perlukan email atau akaun baharu.

  1. Peranti anda: Buka Menu → Peranti.
  2. Peranti anak: Scan kod QR. Jika tak boleh, buka duitpoket.com/install dalam Chrome atau Safari dan masukkan kod 4 aksara.
  3. Ikut panduan untuk tambah ikon Poket.
  4. Buka Poket, pilih profil anak dan masukkan PIN 6 digit.

Nota: Kod pemasangan bukan PIN. Ia sah selama 30 minit dan hanya boleh digunakan sekali.

Macam mana nak tukar PIN anak?

PIN anak hanya boleh ditukar dari profil parent.

  1. Buka Menu → Keluarga, kemudian pilih profil anak.
  2. Masukkan PIN baharu 6 digit dua kali dan tekan “Tukar PIN”.
  3. Pada peranti anak, pilih profil anak semula dan masukkan PIN baharu.

Nota: Peranti itu kekal disambungkan. Hanya sesi profil anak yang sedang terbuka akan ditutup.

Bila patut guna Saman?

Saman hanya untuk kesalahan besar di rumah—bukan kerja tak siap, kerja tak kemas atau kesalahan kecil.

  • Nilainya 3% daripada jumlah duit anak ketika Saman dikeluarkan.
  • Hadnya 3 Saman sehari bagi setiap anak, dan hanya satu Saman boleh menunggu bayaran pada satu masa.
  • Duit belum ditolak ketika Saman dikeluarkan. Anak perlu buka Saman dan tekan bayar.
  • Anda boleh tarik balik Saman; jika sudah dibayar, duit akan dipulangkan ke rekod Duit anak.
Boleh terus pecat anak daripada Jawatan?

Tak boleh. Poket kunci tindakan Pecat sehingga dua amaran diberi.

  1. Beri Amaran 1 dan terangkan apa yang perlu dibaiki.
  2. Beri peluang anak menunjukkan perubahan. Jika masalah berulang, beri Amaran 2.
  3. Selepas dua amaran, barulah Pecat dibuka. Kerja tamat selepas hari gaji.

Nota: Anak boleh lihat amaran dan maklum balas. Duit yang sudah diperoleh kekal milik anak; selepas dipecat, anak berehat 2 minggu sebelum kerja baharu.

Apa jadi bila pelan tamat?

Rekod keluarga tidak hilang apabila pelan tamat.

  • Anda masih boleh lihat rekod keluarga dan selesaikan baki anak.
  • Baki anak dan gaji yang belum selesai masih boleh diselesaikan.
  • Sambung pelan sebelum mencipta atau mengubah Jawatan, atau menawarkan Kerja Sambilan baharu.

Hubungi Team Poket

Hantar mesej

Isi borang ini. Anda akan menerima email pengesahan, kemudian Team Poket akan reply daripada bantu@duitpoket.com.

Jangan hantar PIN, OTP atau kata laluan bank.