Poket

Notis privasi

Data keluarga, diterangkan dengan jelas.

Apa yang disimpan, untuk apa, dan pilihan keluarga anda.

Pengendali / Data controller: Kuik Digital Marketing
SSM 202503151243 · bantu@duitpoket.com

Berkuat kuasa / Effective: 2026-09-16. Perubahan material dimaklumkan melalui app atau email. / Material changes will be communicated in the app or by email.

Untuk browser ini / For this browser. Anda juga boleh menghubungi Poket melalui email untuk urusan privasi.

Notis privasi

Nombor telefon untuk lock tawaran

Kami menyimpan nombor telefon, harga yang dilock, masa dan keputusan bonus supaya anda boleh sambung bayaran kemudian. Tawaran yang dilock tiada tarikh tamat. Rekod disimpan selagi tawaran atau akaun berkaitan masih diperlukan. Cookie sesi tawaran sah sehingga 7 hari. Nombor tidak dipaparkan kepada orang ramai dan bukan pengesahan identiti atau kebenaran menghantar promosi. Hubungi Pusat Bantuan untuk pembetulan atau pemadaman rekod.

Pengukuran iklan affiliate

Apabila anda membuka halaman jualan melalui link affiliate yang mengaktifkan tracking, Poket menggunakan Meta Pixel/Conversions API dan TikTok Pixel/Events API untuk mengukur lawatan, paparan harga, pendaftaran, langkah bayaran dan pembelian pertama yang layak. Pengukuran lawatan bermula tanpa popup. Dengan meneruskan pendaftaran, anda bersetuju dengan pemprosesan maklumat pendaftaran dan pembelian bagi tujuan ini. Data boleh merangkumi ID klik iklan dan browser, alamat IP, jenis browser, email yang ditukar kepada hash SHA-256, masa event serta jumlah dan mata wang bayaran. Hash email masih boleh dipadankan oleh platform iklan. Data aktiviti anak, PIN, butiran bank dan kandungan kerja tidak dihantar. Platform iklan yang diaktifkan menerima event dalam dataset affiliate yang merujuk anda dan boleh memproses data di luar Malaysia untuk padanan serta pengukuran iklan. Cookie rujukan, pilihan tracking dan browser disimpan sehingga 30 hari; data padanan event dipadam selepas penghantaran selesai atau selewat-lewatnya 7 hari, data padanan lawatan selepas 30 hari, dan rekod penghantaran selepas 90 hari. Gunakan Matikan pengukuran iklan di halaman ini atau hubungi Poket untuk urusan privasi. Pilihan Do Not Track dan Global Privacy Control juga dihormati. Mematikan tracking tidak menjejaskan pendaftaran, bayaran, harga atau komisen affiliate.

Pengukuran perjalanan pendaftaran

Poket menggunakan cookie first-party rawak sehingga 30 hari untuk memahami perjalanan landing → daftar → bayar → persediaan akaun. Rekod lawatan tidak menyimpan IP mentah, kandungan borang, PIN atau data anak, dan tidak dihantar kepada rangkaian iklan. Selepas pendaftaran, pautan kepada rekod akaun membolehkan admin membantu langkah yang belum selesai. Browser dengan Do Not Track atau Global Privacy Control tidak dijejak. Rekod lawatan berumur lebih 90 hari dibersihkan apabila lawatan seterusnya diproses; rekod bayaran dan akaun mengikut tempoh simpanan berasingan di bawah.

Data dan tujuannya

Nama, peranan ibu bapa atau penjaga, email, profil dan rekod bayaran diperlukan untuk akaun, kod masuk, resit, langganan dan bantuan. Untuk anak, Poket merekod nama panggilan, tarikh lahir, avatar atau gambar pilihan, kerja, semakan, gaji, Tabung, permintaan, Saman dan kemajuan Latihan. Tarikh lahir digunakan untuk mengira umur dengan tepat, menyediakan Latihan yang sesuai dan membolehkan ciri hari jadi pada masa depan. Hanya ibu bapa atau penjaga dalam keluarga boleh melihat tarikh lahir penuh. Data datang daripada maklumat yang keluarga masukkan, penggunaan app dan pengesahan penyedia bayaran. Poket tidak memerlukan email anak, sekolah atau alamat anak.

Pilihan keluarga

Ibu bapa atau penjaga memberi maklumat anak dan perlu menerangkan penggunaan Poket kepada anak. Nama dan email pemegang akaun diperlukan untuk pendaftaran; tanpa maklumat itu kami tidak boleh menyediakan akses berbayar. Gambar hasil kerja wajib bersama checklist untuk menghantar kerja; wajah anak tidak diperlukan. Gambar profil dan gambar kenangan hasil usaha ialah pilihan. Affiliate tidak wajib untuk menggunakan kerja, gaji atau Tabung. Poket hanya merekod duit anak, bukan menyimpan wang sebenar atau akaun bank anak.

Siapa boleh mengakses data

Ibu bapa atau penjaga dalam keluarga boleh mengurus rekod anak. Adik-beradik tidak boleh melihat baki, Tabung, kerja atau PIN satu sama lain; anugerah keluarga boleh dikongsi dalam keluarga. Pasukan yang diberi kuasa boleh mengakses maklumat yang diperlukan untuk bantuan, keselamatan, pertikaian dan operasi. Penyedia infrastruktur/database (termasuk Supabase), email (termasuk Resend) dan bayaran (Billplz serta bank berkaitan) memproses maklumat yang diperlukan bagi fungsi mereka. Pendedahan juga boleh dibuat apabila diwajibkan undang-undang. Penyedia mungkin memproses data di luar Malaysia; email kami untuk soalan tentang pemprosesan tersebut.

Gambar

Gambar profil keluarga dan gambar kenangan hasil usaha hanya boleh dilihat dalam keluarga. Metadata lokasi gambar dibuang semasa diproses. Gambar kerja dipadam mengikut pilihan 7, 30, 60 atau 90 hari. Wajah anak tidak diperlukan dalam gambar kerja.

Cookie, keselamatan dan affiliate

Cookie dan storan peranti digunakan untuk sesi masuk, profil/peranti dan tetapan. Kawalan akses, PIN dan rekod keselamatan membantu melindungi akaun; tiada sistem bebas risiko. Jika datang melalui link affiliate, cookie referral selama 30 hari menentukan link terakhir sebelum pendaftaran; rekod klik tidak menyimpan IP mentah. Affiliate pilihan memerlukan butiran bank untuk komisen; nombor akaun disulitkan dan paparan biasa hanya menunjukkan empat digit terakhir. Statistik affiliate tidak mendedahkan identiti pembeli. Nama paparan dan jumlah jualan boleh muncul dalam ranking, dan profil Duta hanya dipaparkan dengan pilihan Duta.

Tempoh simpanan dan pemadaman

Rekod keluarga kekal tersedia apabila pelan tamat untuk dilihat, dimuat turun dan menyelesaikan baki anak. Pemegang akaun boleh memadam akaun melalui tetapan; muat turun data terlebih dahulu. Komisen affiliate yang belum selesai perlu diselesaikan sebelum akaun boleh dipadam. Gambar tertakluk tempoh di atas. Rekod bantuan melalui email disimpan selama diperlukan untuk menyelesaikan urusan atau pertikaian berkaitan. Email kami untuk pertanyaan pemadaman tertentu; kami akan terangkan jika ada rekod yang perlu dikekalkan dan sebabnya.

Hak dan cara menghubungi kami

Pemegang akaun boleh menyemak, membetulkan dan memuat turun data melalui app, membuang akses peranti atau memohon akses, pembetulan, pemadaman dan penarikan persetujuan melalui email. Kami perlu mengesahkan pemilik akaun tanpa meminta PIN atau OTP. Jika penarikan persetujuan melibatkan data yang perlu untuk perkhidmatan, sebahagian fungsi atau akaun mungkin tidak dapat diteruskan; kami akan terangkan kesannya. Aduan privasi boleh dihantar kepada kami atau Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Privacy notice

Phone number for saved offers

We store your phone number, locked price, timestamps and bonus decision so you can resume payment. Locked offers have no expiry. Records are retained while the offer or related account is needed. The offer-session cookie lasts up to 7 days. Your number is not displayed publicly and is not proof of identity or consent to promotions. Contact Support to correct or delete the record.

Affiliate ad measurement

When you open a sales page through an affiliate link with tracking enabled, Poket uses Meta Pixel/Conversions API and TikTok Pixel/Events API to measure visits, price views, successful registrations, checkout and eligible first purchases. Visit measurement starts without a popup. By continuing registration, you agree to processing registration and purchase information for this purpose. Data may include ad click and browser identifiers, IP address, browser type, SHA-256 hashed email, event time, payment amount and currency. The relevant ad platform can still match hashed email. Children's activities, PINs, bank details and work content are not sent. The enabled ad platform receives events in the referring affiliate's dataset and may process data outside Malaysia for ad matching and measurement. Referral, tracking preference and browser cookies last up to 30 days; event matching data is removed after delivery finishes or within 7 days, visit matching data after 30 days, and delivery records after 90 days. Use Matikan pengukuran iklan (Turn off ad measurement) on this page or contact Poket about privacy. Do Not Track and Global Privacy Control are also respected. Turning tracking off does not affect registration, payment, prices or affiliate commissions.

Registration journey measurement

Poket uses a random first-party cookie for up to 30 days to understand the landing → registration → payment → account setup journey. Visit records do not store raw IP addresses, form contents, PINs or child data and are not sent to advertising networks. After registration, a link to the account record lets administrators help with unfinished steps. Browsers using Do Not Track or Global Privacy Control are not tracked. Visit records older than 90 days are cleaned when later visits are processed; payment and account records follow the separate retention terms below.

Data and purposes

Parent name, role, email, profiles and payment records are used for accounts, sign-in codes, receipts, subscriptions and support. Child records include nickname, full date of birth, optional avatar/photo, jobs, reviews, wages, savings, requests, fines and Training progress. The date of birth is used to calculate age accurately, provide age-appropriate Training and support possible birthday features in the future. Only parents in the family can view the full date of birth. Sources are information entered by the family, app activity and payment-provider confirmations. A child's email, school and address are not required.

Family choices

Parents provide child information as guardians and should explain Poket to their children. The account holder's name and email are required for registration; paid access cannot be provided without them. A work-result photo and completed checklist are required to submit work; the child's face is not required. Profile photos and personal memory photos are optional. Affiliate participation is not required for jobs, wages or savings. Poket records children's money; it does not hold their actual funds or bank accounts.

Access and service providers

Parents in the family can manage child records. Siblings cannot view one another's balances, savings, jobs or PINs; family awards may be shared within the family. Authorized staff may access information needed for support, security, disputes and operations. Infrastructure/database providers (including Supabase), email providers (including Resend), and payment providers (Billplz and relevant banks) process information needed for their services. Disclosure may also be required by law. Providers may process data outside Malaysia; contact us with questions about this processing.

Photos

Family profile photos and personal memory photos are visible only within the family. Photo location metadata is removed during processing. Work photos follow the selected 7, 30, 60 or 90-day deletion period. A child's face is not required in work photos.

Cookies, security and affiliates

Cookies and device storage support sign-in sessions, profiles/devices and preferences. Access controls, PINs and security records help protect accounts; no system is risk-free. Affiliate links use a 30-day referral cookie to attribute the last link before registration; click records do not store raw IP addresses. Optional affiliates provide bank details for commissions; account numbers are encrypted and normally displayed only as the last four digits. Affiliate statistics do not reveal buyer identities. Display names and sales totals may appear in rankings; ambassador profiles are displayed only when the ambassador opts in.

Retention and deletion

Family records remain available after a plan expires for viewing, export and settling children's balances. Parents can delete the account in settings; export data first. Outstanding affiliate commissions must be resolved before account deletion. Photos follow the periods above. Email support records are kept as needed to resolve the related matter or dispute. Contact us about specific deletion requests; we will explain any records that need to remain and why.

Your rights and contact

Parents can review, correct and export data in the app, remove device access, and request access, correction, deletion or withdrawal of consent by email. We need to verify account ownership without asking for a PIN or OTP. Withdrawing consent for data necessary to provide the service may prevent some features or the account from continuing; we will explain the effects. Privacy complaints may be sent to us or Malaysia's Personal Data Protection Department.

bantu@duitpoket.com