Poket

Terma

Janji asas Poket

Peraturan utama Poket dalam bahasa mudah.

Dikendalikan oleh Kuik Digital Marketing · SSM 202503151243. Berkuat kuasa 16 September 2026 · Versi 2026-09-16.

Akaun di bawah jagaan orang dewasa

Pemegang akaun mestilah ibu bapa atau penjaga dewasa yang berhak mengurus data anak. Berikan maklumat yang betul, lindungi PIN dan kod masuk, dan pilih kerja yang selamat serta sesuai dengan umur anak. Poket ialah alat pembelajaran keluarga, bukan jaminan perubahan tingkah laku atau pengganti bimbingan keluarga.

Harga, bayaran dan akses

Bagi pelan tahunan, langganan ialah RM152 untuk 12 bulan, meliputi satu keluarga dan semua anak. Harga dan jenis pelan yang dibeli dinyatakan sebelum bayaran dan dalam pengesahan pembelian. Bayar penuh semasa pendaftaran melalui Billplz; akses bermula selepas bayaran berjaya disahkan. Tiada pembaharuan automatik. Gaji dan bonus anak dibayar oleh keluarga secara berasingan—bukan daripada bayaran langganan.

Pelan akses seumur hidup

Klausa ini terpakai jika tawaran dan pengesahan pembelian menyatakan akses seumur hidup. Sekali bayaran memberikan akses untuk satu keluarga dan semua anak sendiri, tanpa yuran bulanan atau tahunan. Akses seumur hidup bermaksud akses selagi perkhidmatan Poket beroperasi, bukan sepanjang hayat pemegang akaun. Semua fungsi keluarga Poket, termasuk kemas kini dan fungsi baharu yang diperkenalkan pada masa akan datang, disertakan tanpa caj tambahan. Tamatnya promosi atau perubahan harga untuk pendaftaran baharu tidak menukar akses seumur hidup yang sudah dibeli kepada pelan tahunan. Jika perkhidmatan ditutup secara kekal, kami akan memaklumkan pengguna terlebih dahulu dan memberikan peluang untuk memuat turun data. Hak pengguna di bawah undang-undang yang terpakai kekal dilindungi.

Jaminan refund 7 hari

Untuk langganan pertama, minta refund penuh dalam 7 hari selepas bayaran berjaya. Tak perlu beri alasan atau memenuhi sasaran penggunaan. Hantar permohonan melalui Pusat Bantuan. Selepas pemilik dan bayaran disahkan, refund diproses dalam 7 hari bekerja; masa wang masuk bergantung pada bank. Pelan berkaitan ditamatkan selepas refund. Baca polisi, syarat dan langkah refund.

Lock tawaran pelancaran

Tawaran RM97 seumur hidup boleh dilock sepanjang tawaran pelancaran dibuka, tanpa had jumlah lock harian. Tawaran yang berjaya dilock tiada tarikh tamat dan boleh digunakan untuk satu pendaftaran keluarga sahaja. Gunakan nombor yang sama di /sambung atau borang halaman utama. Apabila tawaran pelancaran ditutup, tawaran baharu menggunakan pelan RM152 setahun. Harga yang sudah dilock, bayaran terdahulu dan bil yang masih sah tetap dihormati.

Bonus affiliate sekali sahaja

Bagi tawaran yang layak, anda diberi tiga minit selepas lock pertama untuk menerima bonus affiliate. Pilihan tidak boleh diulang dengan memuat semula halaman atau memasukkan nombor yang sama. Selepas menerima, lengkapkan pendaftaran dan buka pembayaran dalam 20 minit. Bonus terikat kepada bil yang dibuka dalam tempoh tersebut dan hanya diaktifkan selepas bayaran bil itu berjaya disahkan. Jika ditolak, tempoh keputusan tamat atau tiada bil dibuka dalam tempoh tersebut, pembelian boleh diteruskan pada harga yang dilock tanpa fungsi affiliate. Fungsi affiliate tidak boleh diaktifkan kemudian untuk tawaran ini. Affiliate ialah pilihan; tiada kewajipan mempromosi atau jaminan pendapatan. Hak affiliate pelanggan terdahulu kekal seperti tawaran asal.

Poket ialah rekod keluarga

Poket tak menyimpan wang sebenar. Keluarga tetap pegang, beri atau guna duit sebenar yang direkod.

Gaji kerja kekal dilindungi

Gaji yang anak dah dapat tak boleh ditarik balik kerana kerja tak okay atau perangai. Keperluan asas, sekolah dan kesihatan bukan tanggungan duit anak.

Saman rumah ialah pilihan

Keluarga boleh menggunakan kerja, gaji dan Tabung tanpa mengeluarkan Saman. Jika digunakan, Saman hanya untuk kesalahan besar di rumah, bukan masalah kerja. Poket menetapkan 3% daripada jumlah duit anak termasuk Tabung, maksimum tiga Saman sehari bagi setiap anak dan satu belum dibayar pada satu masa. Poket anak dikunci sementara sehingga Saman dibayar atau ditarik balik. Anak melihat sebab dan membayar sendiri; Poket menggunakan baki biasa dahulu, kemudian Tabung jika perlu. Saman yang ditarik balik akan dipulangkan jika sudah dibayar. Latihan dan Anugerah juga pilihan, bukan syarat mendapatkan gaji.

Kerja berbayar

Hanya kerja khas yang keluarga dan anak setuju akan dibayar. Kerja sekolah, jaga diri, berbuat baik dan tanggungjawab biasa keluarga tak dibayar. Ibu bapa atau penjaga boleh luluskan hasil dengan maklum balas, atau gagalkan dengan sebab jika hasil sangat tidak memuaskan. Kerja yang gagal tidak dibayar. Dua amaran perlu diberi sebelum pilihan Pecat dibuka.

Affiliate dan Duta Poket

Affiliate ialah pilihan untuk pemegang akaun. Kadar permulaan ialah 20% daripada jumlah bayaran pertama yang layak. Selepas semua 15 misi Akademi Duta siap dan bukti dihantar, kadar untuk jualan baru naik kepada 50%. Jualan yang sudah direkod kekal pada kadar ketika jualan itu berlaku. Link terakhir yang diklik dalam 30 hari dikira. Pembelian sendiri, pembaharuan, bayaran dibatalkan atau dipulangkan tidak dapat komisen. Komisen disemak selama 7 hari dan dibayar automatik pada 7 dan 22 setiap bulan tanpa jumlah minimum. Bukti Akademi disimpan secara peribadi dan digunakan untuk mengesahkan misi. Profil Duta hanya dipaparkan jika Duta membenarkannya. Poket boleh menahan atau membatalkan komisen jika ada penipuan, perkongsian berulang yang mengganggu, bukti palsu atau maklumat yang mengelirukan.

Pengukuran iklan Facebook, Instagram dan TikTok

Bagi lawatan melalui link affiliate yang mengaktifkan tracking, Poket menggunakan Meta Pixel/Conversions API dan TikTok Pixel/Events API untuk mengukur lawatan halaman jualan, paparan harga, pendaftaran, langkah bayaran dan pembelian pertama yang layak. Pengukuran lawatan boleh bermula semasa halaman jualan dibuka. Dengan meneruskan pendaftaran, anda bersetuju dengan pemprosesan maklumat pendaftaran dan pembelian bagi tujuan ini seperti diterangkan dalam Notis privasi. Data aktiviti anak, PIN dan butiran bank tidak dihantar kepada platform iklan berkenaan. Pilihan sekatan tracking browser dihormati; pengukuran iklan tidak mengubah harga atau kelayakan komisen. Affiliate bertanggungjawab menggunakan dataset yang mereka berhak urus dan mematuhi terma Meta dan TikTok. Penerimaan event oleh platform iklan tidak menjamin sesuatu jualan akan dikaitkan dengan iklan dalam Ads Manager.

Ranking affiliate

Ranking reset setiap bulan dan hanya menunjukkan nama paparan serta jumlah jualan. Jangan gunakan nama anak sebagai nama paparan. Jumlah komisen, akaun bank dan maklumat pembeli tidak ditunjukkan.

Avatar kartun

Gaya Adventurer oleh Lisa Wischofsky digunakan melalui DiceBear di bawah lesen CC BY 4.0. Poket mengubah seed, warna latar, saiz dan bingkai.

Pelan tahunan tamat

Apabila pelan tahunan tamat, data masih boleh dilihat dan dimuat turun. Baki anak masih boleh diselesaikan. Pemegang akaun perlu sambung pelan sebelum cipta kerja atau Saman baru. Pelan akses seumur hidup tidak memerlukan pembaharuan tahunan.

Privasi dan penutupan akaun

Cara data dikumpul, digunakan, dikongsi dan dipadam diterangkan dalam Notis privasi. Muat turun data sebelum memadam akaun. Penutupan akaun tidak dengan sendirinya menjadi permohonan refund—hantar permohonan berasingan melalui Pusat Bantuan supaya bayaran boleh disemak.

Jika sesuatu tidak menjadi

Hubungi kami melalui Pusat Bantuan Poket untuk masalah akses, bayaran berganda, gangguan atau aduan. Jangan sertakan PIN atau OTP. Perkhidmatan boleh mengalami gangguan atau penyelenggaraan; kami akan menyemak masalah yang dilaporkan. Penyalahgunaan, penipuan atau kandungan berbahaya boleh membawa kepada sekatan akses selepas semakan. Terma ini tidak menafikan hak pengguna di bawah undang-undang yang terpakai.

Perubahan terma

Versi dan tarikh semasa dipaparkan di halaman ini. Perubahan material yang menjejaskan langganan aktif akan dimaklumkan melalui app atau email. Perubahan tidak membatalkan hak refund bagi pembelian yang dibuat di bawah tawaran terdahulu.

Ada soalan sebelum mendaftar? Buka Pusat Bantuan.